assalamualaikom , hi para pembaca . ade ke ? tak kesah lah yang penting aku dapat meluahkan segalanya kat sini . nak luahkan kat mak mesti jawab " atul , ape lagi nak cakap nyee , tolong mak masak kan bagus ". nak luahkan kat bapak mesti kene " jangan kacau abah , banyak keje nak buat nie " . baikkk . adik beradik ? memang tak de lah , kat rumah tinggal aku sorang je dengan mak ayah aku . along dah kawin , kaka pun dah kawin , abang yang lagi dua orang keje . jarang jumpa . .
baiklah , beralih kepada topic .
Kenapa aku bertudung ?
yang selalu korang pertikai kan , ouh bukan korang , sesetengah rakan tauladan . kononnya aku belagak baik . fesyen . macam macam lagi kau kata kan , termasuk bapak aku yang tak pernah nak hargai perubahan aku . terima kasih .
pakai tudung bukan kena tunggu pintu hati terbuka , bukan tunggu suami suruh dan bukan kena tunggu hujan api turun kasi kepala melecur baru nak pakai tudung . aku pakai tudung sebab aku malu dengan Allah s.w.t . aku nak hapuskan segala dosa aku , dosa aku terlalu banyak , terlalu banyak . dan aku pakai tudung disebabkan pengaruh cikgu Ana , cikgu sains aku . aku suka degar usrah dia , kalau degar sekali macam nak lagi . macam macam dia cerita , pasal Al-Quran , tapi kebanyakan pasal perempuan . dari situ sikit demi sedikit aku berubah .
terus terang aku dulu memang teruk . pakaian memang terdedah , rambut berwarna . keluar malam . tipu sana tipu sini . solat ? jangan harap lah . lelaki tukar macam tukar baju .
tetapi aku belum disentuh lagi mana mana lelaki . pendek kata im still in virgin . jaga diri memang dah set dalam kepala otak aku . maksud aku lelaki tukar macam tukar baju is tukar BF , setia ? sememang nya tidak .
macam macam dugaan yang datang . bapak aku tak pecaya aku , kawan aku pandang hina aku pakai tudung . macam macam lahh . yang palingg aku tak tahan time kelua dengan seorang sahabat nie , aku cakap dengan dia aku nak solat , tolong tunggu , selepas aku solat kita keluar lah . dia boleh jawab " kau sembayang ke ? baik sangat kau . " then ketawa . hina sangat ke sembayang nie ? dalam hati aku tak pasti yang aku tengah berkawan dengan islam ataupun kafir . sampai harini masih aku tak dapat dlete dalam otak aku . semoga Allah menunjukan jalan yang benar kepada kau kawan . siapa kawan tu ? tidak perlu lah dibincangkan disini . biar aku dan Allah yang tahu .
Alhamdulilah sekarang tudung diwajibkan dalam hidup aku , kalau tak de tudung aku rasa tak lengkap diri aku . solat ? seharusnya aku lakukan , ehh bukan harus tapi wajib . amalan yang akan bersama aku di alam akhirat nanti .
sekarang cuma satu je yang aku set dalam hati , dalam otak aku . hidup di dunia hanya sementara , bila bila tuhan boleh mentebalikan bumi , menhayutkan bumi . kita perlu menunggu dah perbanyakkan segala ibadat . hidup selepas kematian sememangnya ada untuk kita menerima segala pembalas . sekira kita melaksanakan perintah-Nya , aman lah kita di syurga . jika kita abaikan segala perintah-Nya dah masih berfoya foya di dunia , tak dapat aku kata kan . INGAT ! jangan fikir kita akan menongkat dunia sampai bila bila . kita hanya diberi pinjaman oleh Nya untuk melakukan segala suruhan Nya yang telah diwahyu kan oleh Nabi kita .
aku bukan nak belagak baik , bukan nak belagak pandai pasal agama . aku hanya memberi ape yang aku tahu . aku tak nak dan tak terfikir nak jadi buah mulot orang . aku insan biasa . Assalamualaikom .