Gelap! "Aku di mana? Mengapa sekelilingku hitam?" Dawawi tertanya tanya di dalam hati.
Dia sekadar berpusing pusing dalam naugan yang hitam pekat itu. Ruang itu panas , sempit dan tidak selesa . Dia mahu keluar dari situ , tapi tidak nampak sebarang jalan.
"Laaila hailla anta subhanaka inni kuntuminal zhaalimin . . "
Sayup sayup dia terdengar bacaan talkin yang sudah selesai dibacakan. Kenapa orang baca talkin ? siapa yang mati ?
Dawawi tidak nampak, namun dia dapat mendenggar suara para jemaah, mula bangun hendak melangkah pergi meninggalkan kubur. Tiba tiba . . .
Dummm! Bunyi derapan tapak kaki jemaah melangkah bergema sangat kuat. Setiap kali kaki yang melangkah itu mencecah tanah, bunyinya bagai dentuman kuat bak halilintar membelah bumi. Suasana bergegar bagai dilanda gempa.
Dummmm ! Dummmm !
"Arghhh . . Sakit ! Sakit . . !"
Dawawi menutup kedua dua belah telinganya tidak tahan mendengar bunyi yang sungguh kuat itu. Terasa hendak pecah gegendang telinganya. Bunyi itu terus bergema. Tidak lama, hanya tujuh kali. Selepas kali ke tujuh keadaan berubah sepi. Dawawi memandang sekelilingnya. Hanya hitam pekat. Kemudian . . .
Streett . . Streett . ! !
"Apa itu ?" Dawawi mengigil ketakutan. Itu bunyi seakan rantai besi yang diseret di atas lantai. Desingan bunyi ranatai itu mengerikan.
Tiba tiba dari hadapan muncul dua orang lelaki memakai serban dan jubah putih. Wajah kedua dua lelaki itu nampak sama. Tidak tua tidak muda. Sambil berjalan menuju ke arah Dawawi tangan kedua dua lelaki itu menyeret membawa rantai besi sebesar lengan. Besi itu sangat panjang. Tidak kelihatan penghujungnya.
Sampai di depan Dawawi kedua dua lelaki itu berhenti lalu dia bertanya "MA RABBUKA! " Suara lelaki itu bergema bagai bergoncang alam.
"Aku tak tahu! Aku tak tahu! Tolong, aku mahu keluar dari sini". Hanya itu yang dijawab Dawawi.
Zaassssssss ! ! !
Salah seorang lelaki itu mengayunkan rantai di tangannya ke arah Dawawi. Rantai itu melilitnya dari atas hinnga ke bawah, kemudian bergulung gulung membenamkan Dawawi ke dalam tanah.
"Sakit! Sakit! tolong aku Ya Allah . . sakitt ! " Dawawi menjerit sekuat hati. Tidak terperi rasa sakitnya apabila rantai itu dilibas membelit tubuhnya. Terasa dagingnya bagai disiat siat sehingga berkecai.
Dalam keadaan dia meronta ronta kesakitan tiba tiba muncul semula kedua dua lelaki di dapannya tadi. Kali ini mereka bertanya " MA NABIYYUKA! "
"Tak tahu. Aku tak tahu . Tolong jangan seksa aku. Tolong aku Ya Allah " Dawawi merayu.
Tapi tiada siapa yang peduli. Sekali lagi lelaki itu melibaskan rantai ditangannya.Tubuh Dawawi terbelit dikelar untaian besi panas itu dan dihumban jauh ke dalam lapisan bumi. Sakitnya tidak mampu digambarkan.
Dan selepas merasai kesakitan yang maha dasyat itu, lelaki itu muncul di depannya lagi. Setiap kali itu juga lelaki itu muncul di depannya dan bertanya MA DINNUKA (apa agamamu) MA KIBLATUKA (apa kiblatmu) MA IMAMMUKA (apa kitabmu) MA IKHWANUKA (siapa saudaramu).
Setiap kali ditanya setiap kali itu Dawawi tidak faham. Walaupun kedua dua lelaki itu bertanyakan soalan dalam bahasa Arab Dawawi faham ertinya. Tapi entah kenapa dia tidak mampu menjawab kesemua soalan itu.
Sebaik saja Dawawi bekata "tidak tahu" maka dilibas rantai besi di tangan lelaki itu. Dawawi terhumban lagi ke dalam tujuh lapisan bumi.
"Ya Allah ! sakitnya . . Sakit ! ! ! ! Tolong aku Ya Allah , Aku bertaubat Ya Allah . Aku mohon ampun dariMu Ya Allah " Hanya itu rantapan Dawawi dalam tangisnya .
Setelah habis kesemua soalan itu tiba tiba Dawawi sudah ada di dalam sungai. Tubunhnya lemah tidak bermaya. Hanya membiarkan air sungai menghanyutkan tubuhnya yang dipenuhi kesan kelar akibat libasan besi tadi.
Dawawi tiba di dua cabang anak sungai. Satu kiri dan satu kanan. Segera dia menghanyutkan dirinya memilih halauan sebelah kanan. Dawawi terus dihanyutkan sehingga dia tersangkut pada banir pokok tepian sungai.
Sangkaan sudah selamat dari seksaan kedua dua lelaki tadi tapi dalam keadaan tidak bermaya sekali lagi telinganya menangkap bunyi yang sama, bunyi besi diseret.
Dawawi menangis ketakutan.
"Ampunkan aku Ya Allah. Aku mohon Ya Allah. Aku janju bertaubat padaMu Ya Allah" Dawawi terus merintih dalam tangisnya.
"MA RABBUKA! " Suara lelaki berjubah itu bergema lagi.
Dawawi hanya ,a,pu menangis sembil mengeleng gelangkan kepala. Lalu dilibas lagi besi kepadanya. Dawawi terus melolong kesakitan. Pandanganya gelap gelita.
Orang ramai sudah lama berkerumun di kawasan perkuburan itu. Ramai berpusu pusu datang. Tiada kematian mahupun jenazah untuk ditanam. Mereka hanya ingin menyaksikan sebuah kubur berusia tiga hari digali semula.
Dalam kuruman itu, Mus turut hadir. Mana mungkin dia tidak hadir. Kubur yang hendak digali adalah kubur sahabat karibnya sejak kecil lagi.
Mus dapat tahu pun pagi tadi. Kecoh sekampung bila tersebar berita keluarga arwah mahu kuburnya dikorek semula.
"Sejak arwah dikebumikan, sudah tiga malam berturut turut ibunya bermimpi. Dawawi menangis beritahu dia masih hidup dan minta dikeluarkan dari kubur. Sebab itu ibunya berkeras minta abang arwah dapatkan surat perintah untuk korek semula kubur itu" beritahu seorang rakan kepada Mus.
Memang mengejutkan. Mana mungkin orang yang disahkan mati oleh dikter boleh hidup semula. Apatah lagi sudah tiga hari ditanam dalam tanah. Tak mungkin!
" Hilang anak dah tentu sedih. Terbayang bayang lagi seperti anak masih hidup. Biarlah dikorek semula supaya tenang hati ibunya nanti, " begitu pula kata orang kampung. Tak kurang juga yang kata itu kerja gila, menyeksa mayat.
Sampailah masa untuk kubur Dawawi digali semula. Surat pelepasan mahkamah sudah lulus, polis dan dokter juga hadir sekali sebagai saksi perundangan.
Bermula penggalian itu. Sedikit demi sedikit tanah yang masih belum mampat itu disodok keluar. Ia terus digali sehinggalah jenazah yang ditanam tiga hari lalu kelihatan.
Masya-Allah! Astaghfirullah . . ! !
Apabila jenazah diangkat keluar semua yang ada di situ mengucap panjang termasuk Mus yang berada di tepi kubur itu. Ramai yang berjrgil mata , ternganga mulut. Tidak percaya dengan apa yang dilihat mereka.
Kain kapan yang dibalut Dawawi koyak rabak seperti dicarik carik dan tubuh Dawawi penuh dengan kesan luka torehan. Luka itu garisnya memanjang bagai kesan dilibas sesuatu yang tajam. Lukanya dalam sehingga nampak daging tetapi tidak nampak darah.
" Dia hidup lagi " kata doktor sebaik memeriksa nadi mayat di depannya. Nadinya sangat lemah namun disahkan masih hidup.
Dawawi dikejarkan ke hospital dan ditempatkan di unit kecemasan ICU, Dawawi koma. Hanya selepas tiga bilan barulah Dawawi sedar. Sebaik saja sedar air mata Dawawi terus mengalir.
Sejak sedar perangai Dawawi berubah. Dia jadi pendiam, banyak termenung dan menagis. Dia kemudian mula mendekatkan diri dengan agama.
Hampir setahun kemudian, Dawawi terbuka hati untuk menceritakan pekara sebenar. Katanya " Jika korang rasa apa yang aku rasa sewaktu disana dulu, sungguh korang tak akan melakukan pekara yang mendatangkan dosa dalam hidup! "
Tempoh Dawawi hidup tidak lama. Hanya tiga tahun. Selama tempoh itu Dawawi tidak pernah mensia siakn hidupnya. Setiap masanya diisi dengan amal ibadah.
" Aku takut jika aku mati lagi amal ibadatku tidak cukup untuk membantu disana ", kata Dawawi.
Selepas tiga tahun Dawawi akhirnya benar benar pergi tidak kembai lagi. Dia meninggal dalam tidur selepas menunaikan solat malam ketika menunggu solat subuh.
P/S : INGATLAH SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MATI , JANGANLAH SIA SIAKAN KEHIDUPAN KITA DENGAN PEKARA YANG MENDATANGKAN DOSA. ALLAH MAHA PEMURAH , MAHA PENGASIH DAN MAHA PENGAMPUN . JADILAH INSAN YANG BERTAKWA IAITU "TAKUT KEPADA ALLAH". BANYAKKAN LAH IBADAH DI DUNIA UNTUK PENYELAMAT KITA DI AKHIRAT . KITA DI DUNIA HANYA SEMENTARA , HANYA PINJAMAN DARI ALLAH . KITA DI AKHIRAT SELAMA LAMANYA . ALLAH SUKA ORANG BERIMAN TAPI ALLAH LAGI SUKA ANAK MUDA YANG BERIMAN . ASSALAMUALAIKUM :')